FOLLOWERS

Monday, January 28, 2013

Official Photographer: Foto by Razali

Assalamualaikum and hye lovelies.

Lebih kurang sembilan bulan before wedding, saya dah booked Foto by Razali (FBR). Contact thru email je and he's friendly. Before tunang lagi dah usha his work. Ingat nak gunakan khidmat Abg Ayie masa tunang. But majlis tunang pun simple sangat, so I think better spend untuk wedding. Lagipun masa tunang still study, budget pun tak berapa nak besar. Hehe

Beberapa hari sebelum event, saya and husband buat appoinment nak discuss details with him. Jumpalah kitorang kat Hospital Batu Pahat sebab dia jaga mak dia yang sakit, so kitorang decide jumpa kat sana je. First time jumpa memang macam dah lama kenal, lagi pulak husband saya memang jenis senang nak mesra dengan orang so discussion pun jadi senang la. Takde apa sangat, just confirmkan apa-apa yang penting. On that day, Abg Ayie datang awal. Semua la datang awal, OV and MUA pun semua datang awal. Masa Abg Ayie sampai, saya dah siap make up. Everything dah ready, cuma cake hantaran je belum keluarkan dari fridge. Thanks Abg Ayie sebab pasangkan ribbon atas cake. Pengantin dah tak sempat nak pikir. Haha

Kalau nak tahu, he's so excited lebih dari pengantin. Groom sampai, dia cakap kat saya groom handsome pakai pink. Handsome lah sangat. Haha. Dengan family sedara mara pun dah macam family dia sendiri. Tak kekok la memasing kan. Pengantin kayu pun, dia cakap pap-pap-pap dah setel untuk some pics. Naseb baik saya memang kaki gambo, cuma muka la tak berapa nak fotogenik sangat. Banyak kali sangat cakap 'Ika senyum, Taufik senyum'. Sampai saya tak larat nak senyum. Taufik memang semulajadi kemain susah nak senyum. Dia la yang banyak tolong. Bila dia cakap 'very nice', pengantin pun jadi semangat membuak-buak padahal dah penat sangat dah nak pose. Outdoor session dia lagi excited kemain. Photographer kalau dah jumpa tempat yang dia suka, simple macam mana tempat tu pun boleh jadi cantik kan. 



Sebulan lebih after wedding saya dah dapat album. Cepat kan. Gambar dalam album semua cantik. Softcopy Abg Ayie bagi dalam pendrive, ada 2000 pics. Mahu berpinar mata nak habiskan tengok satu-satu. Rumah saya tak berapa nak cantik, tapi dalam gambar kemain lagi gambarnya. Tak sangka la boleh nampak clean. Hehe. Nampak tak ada socks cinonet dalam gambar atas ni, ni present from him. Macam tahu-tahu je. Hehe




FBR memang highly recommended! Ramai kawan saya pun semua cakap gambar dia cantik-cantik. So, anyone yang nak dapatkan khidmat dia on your wedding, silalah cepat-cepat book. Sebab selalunya tiap-tiap minggu dia full. Kalau ambil dia, Insyaallah takkan regret. Dia baik hati, punctual, friendly. Haa, tolong promote ni. Hehe

Foto by Razali

Sorry lovelies, entree terpanjang pulak. Hehe. Nanti next-next entree saya share gambar lagi eh. Tengoklah, share outdoor session ke or random. Nanti bride-to-be boleh tengok and judge. Hehe. Takpun terus je visit his page. Lagi banyak gambar cecantik. Try usha-usha mana tahu ada promotion. Hihi. Last but not least, thanks to FBR sebab menjadikan mimpi saya menjadi kenyataan. Dulu hari-hari duk fikir macam mana lah gambar wedding. Sekarang hari-hari tengok gambar sendiri still tersenyum-senyum lagi. Hehe. Thanks again Abg Ayie sebab memberikan kerjasama yang sangat ohsem. Alhamdulillah.

Till then, peeps. 

Sunday, January 27, 2013

Bunting

Assalamualaikum and hye lovelies.

Sebab dah dua hari tak update, maka harini update dua entree sekaligus. Dan haruslah update yang senang-senang dan pendek je. Hehe. Bunting macam yang selalu orang tempah, 6 x 2 kalau tak silap. Saya tempah dengan BFF (Graphic Designer) sekali dengan canvas photo. Untung jugak ada kawan yang pandai design-design ni. Tak payah nak pikir-pikir nak buat dekat sapa. Untung-untung dapat discount seringgit dua. Hehe




Saya tempah dua set, satu ni RM30. Design saya yang bagi contoh, my friends tinggal nak touch up and edit mana yang perlu. Gambar pun dah rupa apa entah. Husband kalau bergambar memang macam tu, susah nak serious. Tak jumpa gambar dia yang elok sangat. Last-last bagi gambar ni je. Haha

Anyone yang nak tempah bunting or anything boleh contact my friend, Ima at Teratai Media

Till then, peeps. 

Reception Doorgift

Assalamualaikum and hye lovelies.

Doorgift masa reception macam orang lain jugak, simple je. Takde yang exclusive or mahal pun. Semua pun sama je. Cuma doorgift VIP tambah cookies in jar. Yang lain item semua sama. Ingat nak bagi semua cookies dalam jar, tapi tak larat kot nak buat cookies. Cookies tu homemade by pengantin. Sehari dua je rajin buat, the rest memang malas yang amat. Naseb baik beli jar memang sket je. Ada lagi lebih sebab takde orang yang sempat nak packing, masukkan sweets or chocs dalam tu. Takpe, later boleh buat doorgift untuk aqiqah baby. Cehh. Berangan. Hehe


Dalam beg ni ada 3 items which are kerepek, telur and mineral water. Beg tu campur-campur color. Ada pink, ada grey. Tak penting pun sebenarnya color beg tu. Yang penting dalam dia. Kalau ikut saya, saya prefer makanan macam muffin ke kerepek ke. Sebab on the way balik rumah boleh makan. Tak dan nak sampai rumah dah habes. Hehe


Tercapai jugak nak jadikan jar ni doorgift, walaupun dapat buat sket je. Decoration semua do-it-yourself. Sticker pun buat sendiri. Tali keliling jar beli kat daiso Bukit Indah, satu gulung RM5. Doily papers beli kat kedai jual barang-barang buat cake. Tak ingat berapa harga. Lama jugak nak buat benda alah ni. Naseb baik ada assistant yang tolong. Hehe. Dalam ni saya letak choc chip cookies. Siapa yang tak dapat cookies tu akan dapat kurma or popiah kecik bersira sambal. Antara tiga tu la.

Sebenarnya dah amek gambar cookies, kurma semua tu by phone before majlis. Banyak la gambar wedding preparation. After majlis, phone buat hal. Beratus-ratus gambar semua hilang macam tu je. Sedih. Tapi nak buat macam mana kan. Memory card buat hal. Semua item lesap. Huhu

Okay, tu je nak cerita. Hehe

Till then, peeps. 

Thursday, January 24, 2013

Meja Beradab

Assalamualaikum and hye lovelies.

Continue on wedding review, saja nak review cepat-cepat. Dah habis review boleh update pasal lain pulak kan. Hehe. Malam ni nak review pasal meja beradab. Saya amek sekali pakej dengan pelamin. Saya dijanjikan dengan pelamin dan meja beradab exclusive. Tapi bagi pendapat saya la, meja beradab tu nampak simple je. Saya tak dapat nak caught my eyes tang mana yang exclusive for 20 persons. Saya booked exclusive sebab nak jamu family-in-laws kan, haruslah nak yang cantik-cantik. But luckily, takde la teruk mana pun. Saya still puas hati sebab tak nampak serabut walaupun tak berapa nak exclusive seperti yang dijanjikan. Thanks untuk my sister, SIL and anak buah sebab tolong buatkan juadah for meja beradab. And pulut kuning, thanks Mak Jah bertungkus lumus. Dapat jamah sket je sebab pengantin tak berapa nak ada selera. Cehh. Hehe








Alhamdulillah. Walaupun ada a bit drama pasal meja beradab ni, tapi syukur Alhamdulillah majlis berjalan dengan lancar. Semoga Allah dapat membalas jasa baik mereka yang membantu menjayakannya.

Till then, peeps. 

Akad Nikah Backdrop

Assalamualaikum and hye lovelies.

Sepatutnya awal-awal lagi dah post pasal backdrop nikah. Tapi sebab mula-mula haritu gambar tak ada, jadi terpaksa tangguh. Sebenarnya backdrop ni sesaja buat, takde dalam plan awal pun. Kononnya terlebih rajin survey do-it-yourself thingy and terjumpa pulak backdrop yang sweet and simple, tu yang terus berangan nak buat jugak. Walaupun masa majlis tak berapa nak cukup bahan, backdrop pun sepatutnya besar lagi menutupi wall belakang tapi sebab dah tak sempat, guna je apa yang ada.

Wheel paper ingatkan dah cukup, rupanya tak cukup. Same goes dengan tissue flower pun tak berapa nak cukup. Tapi masa nak buat dah takda, guna je la mana yang ada. Sofa and carpet bulu-bulu pulak saya beli dekat orang yang selalu bonda ambil perabot. Harga tak berapa nak ingat la tapi sebab after majlis boleh guna semula so tak termasuk dalam total burn. Hehe. 4 pasu bunga kakak ipar pinjamkan parents dia punya. So takde la nampak kosong sangat tepi tu. Bantal kecik-kecik color-color and bantal 'Mr' and 'Mrs' tu buat sendiri hasil pertolongan bonda dan my sister. Sarungnya pulak tempah jahit kat mak mertua abang. Settle. Hehe







Haa, begitulah gayanya. Props yang disediakan pun pengantin tak sempat nak guna. Tengok orang lain guna pun dah cukup happy. Tapi gambar takdelah pulak. Yang banyak gambar yang guna props bantal. Yang misai bagai tu tak jumpa carik la gambar. Hehe

Setakat tu dulu ya, esok sambung lagi.

Till then, peeps. 

Wednesday, January 23, 2013

Wedding Band

Assalamualaikum and hye lovelies.

Dah lebih seminggu tak update, sorry sebab kesihatan tak mengizinkan. Baru baik demam. Huhu. So, continue on wedding review. Harini nak review pasal wedding band sebab macam senang sket. Entree mesti pendek je. Hehe

Wedding band untuk bride totally on husband's decision. Nak buat surprise katanya. Kalau ikutkan saya tanak pape sebab semua pun dah ada. Or at least cincin je la. But husband cakap tunggu on that day baru tahu dia bagi apa. Tapi before tu rasa macam dah boleh agak dah. Instinct kononnya. Sorry hubs, jangkaan memang tepat. Hehe. For husband pulak memang pilih sama-sama. Beli masa puasa kat Poh Kong. Below RM300, worth it. Memang dari awal dah decide nak bagi silver ring for husband sebab tak pernah nampak dia pakai cincin before. So, nampaklah sket sign orang dah kahwen kalau pakai cincin kan. Hehe

Here the pictures.





Sekian.

Till then, peeps. 

Monday, January 14, 2013

Room Decor

Assalamualaikum and hye lovelies.

Untuk mengubat hatiku yang lara, update lah blog sekejap sebelum tidur. Harini nak review pasal room decor masa wedding. Macam yang saya cakap sebelum ni, saya memang seorang yang suka simple. Kalau ikutkan malas nak pasang tabir bagai. Lagipun orang sekarang tak macam dulu, sekarang pergi wedding jarang orang tengok bilik pengantin. Kalau ada pun, makcik-makcik la yang sibuk nak tengok kan.

Disebabkan ke-simple-an tersebut jugak lah idea simple tersebut tak diterima akal oleh makcik ku. Oh stress. Seminggu sebelum majlis, hari-hari okay jenguk bilik saya. Tapi takda progress langsung. Dia geram terus suruh saya amek barang-barang tabir, bunga segala bagai kat rumah dia suruh saya guna. Adeh. Gegeh panjat memanjat lepas tu. Naseb baik ada assistant, boleh ganti-ganti panjat. Hehe





Inilah bilik saya masa wedding haritu. Simple kan. Canvas photo tu saya print dengan kawan, frame buat sendiri. Cadar beli 4 or 5 days before event kat Pacific BP Mall. Harga tak berapa nak ingat tapi not more than RM 300. Size king memang mahal sket and susah nak cari, tak banyak pilihan. Naseb baik ada jugak yang berkenan, rembat je la. Ada bunga tissue kat situ. Tu sebenarnya bunga pahar, lupa nak letak luar sebab dah banyak sangat kat luar. Haha. Tapi lepas tu habis jugak bagi kawan-kawan. Tak sangka boleh jadi cantik letak situ. Hihi

Till then, peeps. 

Sunday, January 13, 2013

Henna

Assalamualaikum and hye lovelies.

Ada la sket drama pasal henna ni. Mana taknya, lepas subuh pengantin baru sibuk nak pakai inai. Pukul 10 dah majlis. Pakai dalam satu jam je, mana nak merah kan. Warna time tu memang macam tak pakai pape, just color oren tu pun tak berapa clear. Then SIL ternampak jari saya tak cantik, terus dia pakaikan inai tube Suzana tu. Time tu dah ready, tinggal tunggu groom sampai je. Tapi sempat la pakai beberapa minit tapi pakai belah atas je (bahagian kuku). Hehe



Haa, nampak tak permainannya di situ. Tak pernah dibuat orang pagi majlis duk sibuk lagi pakai inai. Gambar first, my sister touch up lagi sekali after SIL pakaikan. Time ni semua dah ready, OP and OV pun sempat shoot gambar and video. Pitam. Haha. Gambar second nampak kan inai hanya ada kat bahagian atas je. Nasib tak berapa obvious.



Malam reception SIL touch up lagi sekali. Kali ni betul-betul punya walaupun just pakai inai tube Suzana tu. Memasing dah tak kuasa nak menumbuk bagai. Haha. Pakai before tidur, then I woke up at 6.00 am adik gelakkan sebab muka pun terkena tempiasnya. Kat area tangan comot kemain tapi naseb baik tak ketara. Hehe. Puas hati la dengan inai tu, bertahan lebih kurang 2 months plus. Kat ibu jari kaki belum hilang lagi, dah 4 months. Tapi kalau B2B lain dapat pakai original henna, saya rasa lagi best. Sebab bau dia wangi.

Jadi, B2B out there, pakai awal-awal ya. Jangan jadi macam saya. Ada jugak rasa terkilan di hati. Tapi redha, dah bahagiannya. Hehe

Till then, peeps. 

Saturday, January 12, 2013

Akad Nikah Doorgift

Assalamualaikum and hye lovelies.

Hui, rajinnya dua tiga hari ni update blog. Time rajin kemain lagi, kalau boleh sehari nak up dua tiga entree. Cuba time malas, sebulan sekali pun nan hado. Hehe. Okay, harini nak cerita pasal doorgift masa akad nikah. Semua pun do it yourself. Stickers buat sendiri jugak. Opss, haritu ada yang tanya stickers kosong beli kat mana eh. Saya beli kt Popular je, satu pack tu ada 10 sheets harga RM4.00. Boleh refer hereSaya beli stickers yang bukan kilat punya. Sebab saya guna printer biasa takutlah tak lekat ke apa kan. Kalau nak beli yang kilat yang selalu orang guna pun ada jugak. 

Berbalik pada doorgift, saya punya doorgift biasa-biasa je. Buat 100 pax, lagipun yang datang masa akad semua di kalangan family kan jadi tak berapa nak ramai sangat.



Simple je kan. Beli brown paper bag and doily papers kat kedai jual barang-barang buat cake. Harga tak ingat la pulak. Tapi still murah la. Sepit baju beli kat kedai jual barang-barang keperluan rumah, kat supermarket pun ada. Kat mana-mana pun senang nak cari. Beli 2 packs, dalam dia kalau tak silap ada 40 batang, harga RM1.80 1 pack.

Dalam bag goreng pisang ni ada dua je, moist choc cup cake and pulut kuning plus rendang daging. Tak sempat nak rasa hasil tangan bonda rendang tu sebab penat sangat. After akad, sibuk-sibuk then tertido. Padahal dah letak kat tepi katil tinggal nak makan je. Punyalah takda selera. Hehe. Moist choc cup cake tempah dengan kawan bonda, harga lupa nak tanya sebab bonda yang sponsor. Hehe. Ops, lupa. Ada lagi satu, telur masin. 3 benda tu je.

Alhamdulillah.

Till then, peeps.