FOLLOWERS

Saturday, December 31, 2011

Idea for Candy Buffet

Hye lovelies,

Saya juga ada berkeinginan untuk DIY candy buffet corner time reception nanti. Cadangan dah diusulkan kepada bos besar. Hehe. Ma ok je. Cuma biasalah, kami kan duduk kat kampung. Makanya, ma tak pernah terjumpa pun rasanya candy buffet dalam majlis orang lain.

Gambar di bawah ni contoh-contoh candy buffet yang menarik perhatian saya.



Sumber: Google Images




Time ni nanti ingat nak buat Cendol Corner jugak. Erk? Sebab ada dekat area-area rumah jual cendol sedap sangat. Ada cendol pulut, kacang merah. Perghh! Saliva. Hehe. Nanti nak suruh abang try tanya orang tu. Mamak la kot tapinya. Semoga berjaya lah. 

Till then, peeps.

Saturday, December 24, 2011

Contest "Cinta Kami"

First time saya join contest-contest ni. Sebelum ni tengok blogger-blogger lain join. Ni tiba-tiba rasa nak mencuba. Tak menang pun takpe, sebab rasa macam fun je kan. Hehe

Ok, contest ni dianjurkan oleh Miszalya Bridal Houze. Walaupun Miszalya Bridal Houze ni terletak di Klang dan saya pula dari Johor, tapi takpe kan. Sebab rezeki kan ada di mana-mana. Ecehhh.

Miszalya Bridal Houze menawarkan perkhidmatan seperti make up, pakej perkahwinan dan pertunangan, pelamin, kelas dandanan dan sebagainya. Menarik kan? So, bagi siapa-siapa yang berminat mendapatkan perkhidmatan beliau bolehlah menghubungi,

Email: miszalya@gmail.com
SMS: 017 676 2248


Cara-cara nak join contest ni, anda haruslah:
1) Buat entry mengenai contest ni kat blog korang.
2) Ceritakan mengenai cinta anda bersama pasangan, masukkan 1 keping gambar anda dan pasangan.
3) Minta kawan-kawan blog atau siapa-siapa saja tinggalkan komen kat bawah entry korang. Minta diorang tulis "Vote" then masukkan nama dan blog/facebook diorang kat komen tu.

Tarikh tutup ialah pada 31 Januari 2012

Jika terpilih sebagai pemenang, hadiah yang ditawarkan adalah:
Pelamin Sanding atau
Pelamin Mini atau
Make Up 1x atau
Busana & Aksesori atau
Busana + Aksesori + Make Up 1x atau
Busana + Aksesori + Pelamin Mini

***************************
Cerita Cinta Kami

Saya memang pencinta bahasa melayu. That is the reason why i took Bahasa Melayu ilmiah as one of my elective subject. Ok, memang takda kena mengena pun. Har Har

He made me recall and remember suddenly.

Cerita ini berkenaan dengan seorang pakcik yang telah membuatkan hidup saya jadi huruhara. Saya kenal dia empat-belas-januari dua-ribu-lapan. Kenal ok. Masa tu saya baru sebulan menjalankan latihan industri di salah sebuah bank terkemuka di tempat itu. Eceh, terkemukalah sangat. Budget genius lah kan. Haha

Beberapa hari sebelum empat-belas-januari dua-ribu-lapan, salah seorang staf di bank tersebut memaklumkan bahawa akan ada seorang mamat yang akan menjalankan latihan industri di situ. Ok, rasa macam gembira yang amat masa kakak tu bagitau. Sebab saya memang dah bosan tahap gila babas sebab takda member. Cuba imagine boleh dikatakan tiap-tiap hari muka suci ni je la yang fotostat IC customer. Hari-hari ok. Kira ok la walaupun mamat tu adik-adik aja saya pikir. Buat ada-ada, hilangkan bosan. Rasa keji gila tak statement? Haha

Nak dijadikan cerita sensasi, memang memalukan kalau diingat-ingat semula. Tapi memang jujur. Series jujur. Takda tiputipu untuk sedapkan atau mengambil hati pakcik tu.

Setiap pagi pergi ke bank memang saya akan tumpang cousin sebab tempat kerja dia area-area situ jugak. Pagi empat-belas-januari tu, seriouslah memang saya rasa macam something je. Berdebardebar tak hengat. Dari dalam kereta cousin saya tu lagi. Anda tak macam nak menyirap kat diri sendiri ke kalau jadi kat anda? Haha

Then sampai satu persimpangan, saya perasan ada seorang pakcik ni bawak motor color hijau. Memang laju gila dia bawak. Saya usha je pakcik tu. Siap cakap apa 'mamat ni mesti dah lambat nak pergi tempat praktikal, laju semacam je bawak.Siap cilok-cilok lagi bawak motor. Ni mesti budak praktikal kt bank sama tempat dengan aku'. Eceh, anda tak rasa ke yang saya perasan gila time tu? Haha.

Ok, masa saya sampai pakcik tu dah sampai depan bank tempat saya praktikal. Parking nak jauh-jauh kan. Tapi saya memang kompemlah yang dia la mamat yang kakak tu cakap. Yang buat praktikal kat bank. Masa tu saya pergi amek paper kat kedai macha. Memang kerja saya pagi-pagi. Sampai kena usha dengan anei kedai suratkhabar tu. Ok, perasan je. Kah Kah

Naluri saya memang seratus peratus betul. Jodoh kot. Hua Hua. Memang betul la mamat tu. Tapi saya ingat dia adik-adik je. Rupanya dah kategori pakcik dah umur dia. Nasib badan lah. Baru nak usha-usha mamat jambu. Tak jadi la. Sebab pakcik tu tak jambu pun. Dah la kerek semacam kan. Boleh tak anda tak menyirap sebab dia ingat saya ni makcik cleaner je kt bank tu. Menyirap kan. Ada muka cleaner ke ni? Sobss

Sejak dari haritu, kira kalau nak lunch dengan pakcik tu je. Dengan lagi sorang pakcik exec. Nak buat macam mana kan. Dah diorang je yang ada. Nak menyibuk-nyibuk dengan pempuan, 
masing-masing sibuk bercerita hal-hal keluarga. Tak masuk la.

Satu hari tu, entah macam mana hati saya rasa macam menyirap gila dengan pakcik tu. Tak tahu la apa puncanya. Dah tak ingat. Tapi saya ingat lagi la ayat saya sedekah kat dia 'malang la perempuan yang dapat you'. Ok, keji gila buat statement macam tuh. Rasa macam macho gila lah saya time saya buat statement tu. Haha

Hubungan saya dan pakcik selepas tamat latihan industri hanyalah sekadar kawan. Lebih tragis bila hubungan 'teman tapi mesra' ini mendapat tentangan hebat dari keluarga saya especially ma. Sebab ma menganggap pakcik ini telah merampas saya dari boyfriend yang ketika itu memang sedang retak menanti belah. Kesian pakcik tak bersalah.

Setiap hari saya berendam air mata sebab ma muntahkan segala kemarahannya yang sangat dahsyat. Sampai "Pijak mayat ma dulu kalau lelaki tu nak kahwin dengan kau". Gerun tak? Macam cerita samarinda yang selalu main kat TV3 kan.

Tapi entah macam mana la satu hari tu ma tanya pasal pakcik ni. Time tu saya dah enam bulan break dengan boyfriend lama. Punca sebenar hanya kami yang tahu. Mula-mula memang saya rahsiakan, buat-buat gagah padahal hati macam raksasa lawan otomen asyik kalah. Haha. Tapi sebab tertekan dengan keadaan saya ceritakan pada pakcik dan seorang bestfriend.

Ok, masa ma tanya tu muka dah blushing. Ingat lagi time tu bulan puasa. Buat kental bagitahu ma pakcik ni nak datang buka puasa. Mula-mula memang takut. Tapi bila ma tanya "Nanti dia datang nak masakkan apa?". Wahhh, sangat teruja time tu. Pakcik tu pun tak mengagak. Siap order soto, kuih seri muka, karipap sardin semua. Dibuat macam mak dia sendiri pulak. Haha. Tapi masalahnya kan, ma buat semua sekali okeh. Menyirap tak kat pakcik tu? Huhu

Dah, malas nak cerita panjang-panjang. 
Bermulalah episod kami ala-ala Cinta Kirana kat Astro Ria. Dengan kepandaian masing-masing, sekarang sila substitute pakcik itu kepada tunangku.

Ok, rasakan. Har Har Har
 
                                

Kepada Encik Tunang,
Terima kaseh diatas jasa anda yang telah melayan perempuan buruk perangai seperti saya. Hehe
Terima kaseh terima seadanya.
***************************

Dan kepada Miszalya Bridal Houze, terima kasih kerana memberi peluang kepada bakal-bakal pengantin merealisasikan impiannya.

Siapa-siapa yang suka entri ni, boleh komen dan tulis "Vote" dalam ruangan komen.

Till then, peeps.

Friday, December 23, 2011

DIY: Wedding Card #2


Malu nak tunjuk sebenarnya tapi takpelah kan. Design biasa-biasa je, yang penting simple. Ni wedding card side saya. Nama dan alamat terpaksa dirahsiakan buat masa sekarang sebab lama lagi. Nanti dah dekat-dekat tarikhnya barulah bagitahu. Hehe

Gambar atas ni bahagian depan, saya design card untuk depan belakang je. Means, card saya nanti sekeping sahaja. Bahagian depan nama parents, perantin dan alamat. Bahagian belakang pulak map. Jimat rasanya kalau gitu kan?

Sekarang ni biar dia duduk dalam folder. Insyaallah dalam 3 bulan sebelum majlis baru hantar kedai untuk proses print. Sebab sekarang pun suruh Taufik survey-survey harga printing yang paling murah. Cheapskate katanya. Hehe

P slash S: Sebenarnya ada dua design. Tapi mama suka yang ni. Tema wedding nanti ala-ala love bird. Sume DIY ada selit-selit love bird. Boleh? Hehe

Till then, peeps.

Monday, December 19, 2011

Reception Outfit




Saya memang suka gila dan berangan dengan dress atas ni untuk majlis reception. Over tak saya? Hehe. Tapi design versi sendiri la. Ok, bye.

Till then, peeps.

Friday, December 16, 2011

Detailing on Nikah Attire

Eh, belum belum. Saya tak tempah pun lagi baju nikah saya. Hehe. Cuma, saya sekarang ni memang sedang berangan-angan tentang detailing pada baju nikah saya nanti. Ingat lagi entri sebelum ni yang saya cakap saya nak buat simple modern kurung with simple beading.

Saya saja-saja try terjah blog Qudyn. Nak tengok baju-baju yang beliau buat. Ternyata semua design baju beliau sangat ohsem ok. Dan saya sangat tertarik dengan modern kurung yang saya ada beritahu dalam entri Nikah Attire. Beading pada leher dan hujung lengan. Sangat cantik.





Ok, memang dah jatuh cinta sejak first tengok baju ni sebelum tunang lagi. Kononnya nak pakai masa tunang tapi takde rezeki.

Harap-harap dapat pakai masa nikah nanti. Insyaallah.

Till then, peeps.

Sunday, December 11, 2011

Wedding Dais

Disebabkan saya berhasrat untuk mengadakan majlis pernikahan dan persandingan di rumah, makanya haruslah saya mencari pelamin yang sesuai untuk kedua-dua majlis tersebut. Skema gila ayat. Haha

Pelamin yang saya selalu idam-idamkan adalah pelamin yang nampak simple yet nice. Seperti:




Credit to The Owner
Ampun tak ingat ambil di mana. My bad. Sobs

I love the third one sebab nampak gila sweet and romantic. Tapi dapat berangan je la kan. Rumah saya ala-ala tak berapa besar gitu. Adehh. Takpe la, pelamin simple-simple pun cantik jugak kan. Saya prefer of course one panel pelamin yang memang sesuai dan muat-muat untuk majlis di rumah.

Insyaallah bulan 1 time semester break baru nak pergi survey bridal boutique dan segala bagai. Hopefully, mereka boleh merealisasikan impian saya nanti.

Till then, peeps.

Saturday, December 10, 2011

Wedding Checklist

Reference Rilla Amrillah
Last Update by 17 Januari 2012

Important Dates

» Solemnization Done
» Reception Done
» Bertandang Done

Venue

» Solemnization Done
» Reception Done
» Bertandang Done

Theme

» Solemnization Done
» Reception Done
» Bertandang Done

Legal Stuff

» Get application forms
» Book Jurunikah
» Book HIV test
» Go for HIV test
» Submit application form Groom
» Submit application form Bride

Invites

» Wedding Invites
» Wedding Invites listing In Progress
» Wedding Invites distribution
» Online wedding invites development

Hantaran

Groom to Bride
» Tray 1 | Heels & Handbag
» Tray 2 | Mas Kahwin & Wedding Ring
» Tray 3 | Cake
» Tray 4 | Perfume Set
» Tray 5 | Gadget

Bride to Groom
» Tray 1 | Sireh Junjung
» Tray 2 | Wedding Band
» Tray 3 | Shirt & Shoes
» Tray 4 | Perfume Set
» Tray 5 | Gadget
» Tray 6 | Cake
» Tray 7 | Manisan

Decorations
» Hantaran Tray Done
» Decorations material
» Alas dulang Done

Food and Favours

Solemnization
» Family Done

Sanding
» Family’s Friend
» Bunga Pahar
» Bunga Telur
» Doorgift box
» Favours

Canopies & Logistics

» Canopies booking
» Chair booking
» Floor Plan layout
» Signage
» Signage placement

Entertainment

» Kompang
» PA System
» Playlist

Attire

Solemnization

» Bride's Dress
» Tudung
» Veil
» Shoes
» MUA
» Hand Bouquet
» Groom's Outfit

Sanding
» Bride's Outfit
» Shoes
» MUA
» Hand Bouquet
» Groom's Suit
» Groom's Tanjak & Sampin

Tandang
» Future Family in Law in Charge

Official Captured

Photography
» Photographer Done

Videography
» Solemnization & Reception Videographer Done

Decorations

Solemnization
» Area Pembatalan Air Sembahyang Done
» Langsir
» Bantal Nikah
» Meja Nikah

Sanding
» Pelamin
» Meja makan beradab
» Rosettes
» Centerpieces
» Bunga Manggar

Pengapit, Bridesmaid & Bestmen


Nikah
» Bridesmaid & Bestman Outfit Done
» Accessories 
Done

Sanding
» Pengapit Perempuan Done
» Pengapit Lelaki
» Pengapit Perempuan's Outfit
» Pengapit Lelaki's Outfit
» Bridesmaid Outfit
» Accessories

Tandang
» Pengapit Perempuan Done
» Lelaki
» Pengapit Perempuan's Outfit
» Pengapit Lelaki's Outfit

Room Deco

» Wardrobe
» Bed Done
» Drapes and curtains
» Bed sheets
» Bed skirt
» Table
» Mattress

Honeymoon

» Destination In Progress

Tuesday, December 6, 2011

DIY: Wedding Card


Kad jemputan sebelah Taufik. My side malu nak tunjuk. Orang tak pandai design card canggih-canggih memang macam gini lah jadinya. Haha

Taufik request card yang nampak macam ala-ala tradisional gitu. Tapi nak nampak moden jugak. Apakah? Tak tahulah tang mana yang nampak tradisional tambah moden dalam kad ni. Haha. Main hentam je lah kan.

Janji Taufik suka. Kira ok lah kan. Syok sendiri tak. Hehe

Till then, peeps.

Thursday, December 1, 2011

Photographer & Videographer

Hye bride-to-be and ex-bride-to-be out there!

Sorry dah beberapa hari tak dan nak update, kekangan masa yang selalu mencemburui. Maklumlah budak tengah belajar kan. Hehe. Banyak assignment quiz test dan berbagai lagi. Lalu pagi tadi class jam 8 tapi sampai class 8.30. Bahana lepas subuh tidur balik. *Pengsan

Ok, dah banyak sangat merapu. Berbalik kepada tajuk berkenaan photographer dan videographer. Alhamdulillah, photographer dah booked. Semangat tak? Majlis lama lagi tapi dah sibuk nak booking segala bagai. Sebab takut OP tu fully booked kang lambat-lambat. Apatah lagi dah tau sampai June dia dah hampir full. Mahu menggelabah badak. Hoho

Manakala videographer pula sedang berkira-kira nak ambil atau tidak. Skema pula ayat. Haha. Kalau ada budget lebih baru amek kot. Tengok semua quote pasal package rasa nak pitam sekejap. Mahu kena diet makan biskut tiap-tiap hari. Adehh. Takpe, insyaallah kalau ada rezeki tak ke mana kan. Ayat nak sedapkan hati sendiri. Hehe

Tapi pada sapa-sapa yang berminat nak hire Abg Wira untuk jadi videographer anda, beliau sedang membuat Year End Offer. Haruslah anda terjah website beliau okeh. Saya pun sedang menerjah blog beliau. Abg Wira sangat baik hati dan friendly. Price pun berbaloi-baloi. 

Ok, rasanya tu je nak cakap. Hehe

Till then, peeps.