FOLLOWERS

Monday, October 31, 2011

Tag by As and Azilsah: Sebelas Lagi

Thanks to both of them. I think since last week, virus sebelas ini menyerang para blogger especially bride-to-be. Erk? Ke salah? Hehe

Ok, since dah follow semua syarat pada entri sebelum ini makanya entri ni khas untuk the tagger. Kena jawab soalan mereka.

Sebelas Soalan Dari As

Warna kesukaan korang?
Saya seorang yang flexible. Haha. Tengok keadaan, kalau cantik dan kena dengan mata time tu saya akan suka.

Perkara yang membuatkan korang jatuh hati pada teman hidup korang?
Mungkin sebab pernah membenci. Boleh tak? Hehe

Perkahwinan yang korang idamkan?Nyatakan.
Perkahwinan yang simple dan sederhana tapi meriah.

Dalam banyak-banyak tempat dalam Malaysia ni,mana korang suka dan rasa nak pergi?
Pulau Redang.

Korang suka bela haiwan peliharaan tak?Nyatakan.
Yup, kucing.

Lagu kahwin yang korang suka? 
Lagu yang Anita Sarawak nyanyi tu. Tak ingat tajuk. Sangat tidak rajin kan nak mencari. Hehe

Hadiah perkahwinan yang korang idam-idamkan?
Tak nak besar-besar. Cukuplah kalau nak bagi sebuah rumah pun. Melampau. Haha

Gabungan nama korang dengan teman hidup korang?
Takde gabungan pun.

Macam mana korang hilangkan perasaan marah?
Mendiam seribu bahasa.

Selalu korang bawa hadiah tak kalau pergi kenduri kahwin kawan korang?
Wajib.

Tempat shopping barang kahwin yang best?
Belum shopping lagi. Mungkin B2B lain boleh suggestkan especially B2B from Johor. Tapi    rasanya kalau kat Johor mungkin Ayer Hitam.

Sebelas Soalan Dari Azilsah

When was your first date?
November 2008.

What did you do on your date?
Window shopping and have a nice lunch at McDonald.

Where is your dream vacation?
Pulau Redang.

Will you go there for your honeymoon?
Insyaallah, dont have any plan for honeymoon.

Why do you love him?
There is no reason why I do love him.

What makes your relationship stay strong?
Give and take.

Tell about your best friend
I have a great friends that shares the good times and help out by listening when we're not in a good situation, I love them to the max.

Will you cry on your akad nikah or have you cried?
Maybe.

What color suits you most?
Black maybe.

Do you like junk-food?
Sometimes.

What is different between you and your partner (other than gender)
Cons is the best word to describe us. When he loves comic, i'm prefer to read novel. When he loves Arsenal, I hate to watch sports. Gymnastic maybe cause sexy. Boleh? Hehe

Sunday, October 30, 2011

Review: Baju Tunang

Setahun lebih dah berlalu, dah basi sangat dah. Baru sekarang kau nak review kan. Sebabnya, saya baru je buat blog pasal bride-to-be ni. Kira ok la kan. Hehe

Ok, sekali lagi sebenarnya plan masa tunang nak pakai baju kurung moden je. Berangan nak pakai color soft pink gitu. Cari punya cari jauh sampai ke Muar dan Tangkak satu habuk yang diidam-idamkan tak jumpa. Sedih jugak, tapi nak wat camne. At last, future-sister-in-law berkenan dengan baju ni. So, belilah dengan harga RM200 di Medan Mara Muar kalau tak silap. Dapat sekali dengan selendang, sama corak dengan kain tapi masa tunang tak pakai pun selendang tu sebab kalau pakai rasa macam beria sangat pulak. Haha. So, pakai dengan tudung bawal je.

Dari pandangan kanan

Dari pandangan kiri

Dari pandangan bawah

Macam model pulak. Hehe. Dan sila abaikan bentuk badan si pemakai yang not-so-slim itu. Tu yang setahun lepas, baru sekejap tadi timbang berat kat Pusat Kesihatan. Naik bukan sekilo, tapi dua kilo. Tula, asek makan tido makan tido. Padan muka. Sobss

Kalau rajin nanti review pasal hantaran pulak.

Segmen Cik Bunny: Jom Blogwalking


Kepada blogger di luar sana, silalah teruja dengan banner blog yang berada di atas ni. Siapa-siapa yang berminat nak berkenal-kenalan dengan ramai blogger, bolehlah join segmen yang Cik Bunny ni buat ye.

Selamat menjoin.

Saturday, October 29, 2011

Tag by Cik Eza: Sebelas

oSebelas?
Kenapa 11? Kenapa tak 12 atau 13? 
Tak perlulah nak tamak sangat kan, yang sebelas ni pun kau terkebil-kebil nak jawab kan. haha. Saya di tag oleh Cik Eza. Thanks Cik Eza dan wajib menjawab soalannya sebanyak sebelas soalan. Alamak, boleh jawab ke, excuse boleh tak? hehe

Mula-mula,saya kena follow segala syarat-syarat yang diberikan. Syarat-syarat tak sampai sebelas kan. hehe

First
Wajib menempek all the rules and regulations as stated below:

1.You must post these rules.
2.Each person must post 11 things about themselves in their journal.
3.Answer the questions the tagger set for you in their post. And create eleven new questions for the people you tagged to answer.
4.You have to choose 11 people to tag and link them on the post.
5.Go to their page and tell them you have tagged HIM/HER
6.No tag back!
7.No stuff in the tagging section about " YOU ARE TAGGED IF YOU ARE READING THIS" YOU LEGITIMATELY (a.k.a REALLY, TRUST, WITH ALL HONESTY) have tagged 11 people.

Second
Story eleven things about myself
  1. Nama sebenar saya simple dan mudah diingat. yeke? hehe. Sebabnya masa sekolah ramai benau nama sama dengan nama saya. Nama diberi Nor Shafikah Mohd Salim. Tapi kebanyakan panggil ika or pika. Nak panggil ika comel pun boleh je. Dialu-alukan. hehe
  2. Saya muda lagi, semua orang ingat saya 18 tahun. Perasan. haha. Umur dah 24 tahun dan ramai pulak yang panggil kakak. Sebabnya dalam class, saya antara yang tertua di kalangan mereka. Sobss
  3. Mempunyai 9 orang adik-beradik dan saya adalah anak yang ke-8. Haruslah mengikut jejak ibu saya pada masa akan datang. Erk? Boleh ke? huhu
  4. Ada yang bilang saya membazir masa saya dengan belajar. Sebabnya lepas saya habis diploma saya amek kursus INSEP. Ala, kursus yang orang-orang amek sebab tak dapat kerja or tak dapat sambung belajar tu. Kursus ni dibuat khas untuk memberi peluang kepada pelajar lepasan diploma atau ijazah untuk memarketkan diri mereka dalam dunia pekerjaan. Alamak, terskema pulak ayat. Dari situ saya dapat kerja dan tak sampai setahun kerja saya dapat peluang sambung degree pulak. Lagilah orang mengata. hehe
  5. Saya masih belajar lagi sekarang. Ijazah dalam Financial Mathematics kat Universiti Malaysia Terengganu. Sedih kan, ramai member-member yang sebaya semua dah abes belajar. Bukan setakat abes je, ada yang dah kahwin dan ada pulak yang dah ada anak. Jeles tau. huhu
  6. Suka sangat membebel sejak kebelakangan ni, sampai ada orang tu tanya sejak bila saya pandai membebel macam mak nenek.
  7. Kalau dalam bidang psikologi, saya seorang yang berunsur kayu yang mana orang yang mempunyai unsur ini adalah sangat suka bercakap tak berhenti-henti dan lantang bersuara. Tapi kan, saya sebenarnya adalah seorang yang pendiam. Percaya tak? hehe
  8. Lebih suka duduk di rumah atau duduk dalam bilik kat hostel diam-diam sebab mempunyai sifat malas yang sangat berleluasa untuk keluar berjalan-jalan. Sebab tu kuku tangan dan kaki saya cepat panjang. Eh, ada kena mengena tak?
  9. Tapi kan, kalau bab makan tak malas pun. Pantang nampak makanan, asek nak mengunyah je keje dia. Lepas ni kena diet. Karang baju kahwin tak muat baru padan muka.
  10. Saya sangat suka baca dan kumpul novel. Sekarang ni tengah kumpul novel-novel Kaki Novel sebab cover dia sangat awesome. Boleh camtu? hehe
  11. Orang ingat saya sombong dan bekeng. Tau kan bekeng tu ape? Muka yang macam asek nak marah tu. Tak tau pasal apa. Tu sebelum kenal. Tapi bila sekali dah kenal, semua pelik sebab kadang-kadang saya suka cakap lepas. Diorang cakap muka je nampak suci. Baru tau kan. haha

Yea, dah sebelas.

Third
Answer all the questions from the tagger. Phew, naseb baik sorang je. hehe


Zodiak kamu dan pasangan?
Saya Virgo. Taufik Pisces.

Apa pengalaman childhood yang tak boleh dilupakan?
Saya terjatuh dalam kolam kat belakang rumah. Kolam tu sebenarnya adalah kolam untuk dibuat tempat kumbahan. Ok, malu.

Kalau diberi pilihan untuk pilih BF dari kalangan artis, siapakah dia?
Fahrin Ahmad yang tough tu.

Style tudung korang camne?
Style biasa and simple sebab I'm prefer to wear something like tudung ariani or just tudung bawal. Shawl juga boleh, tapi sekarang dah jarang pakai.

Kalau dulu korang ada ex, camne cara nak lupakan dia?
Cari pengganti baru. haha. Statement kejam.

Tempat shopping menarik?
BP Mall or Jusco Tebrau City

English or Traditional?
Traditional.

Pink or Biru? sila bagi alasan 
Pink sebab color dia lembut. Sesuai dengan sifat wanita yang lembut. Ecehh.

Apa hadiah hari lahir yang paling best korang pernah dapat dari pasangan?
Handphone.

Upload satu gambar yang comel?



If u have to say last word to ur pasangan, apakah dia?
Saya mahu melengkapi tulang rusuk kamu.

11 Soalan dari Miss Ika
  1. Nama bakal teman hidup anda?
  2. Antara kawan dengan kekasih, mana satu anda lebih dahulukan jika mereka memerlukan anda pada masa yang sama?
  3. Hot-tempered? Anda atau pasangan?
  4. Dating selalu di mana?
  5. Honeymoon dalam Malaysia?
  6. Selalu berjumpa atau jarang-jarang? Mana satu yang lebih anda suka?
  7. Jika diberi pilihan, hadiah apa yang anda mahu dari pasangan?
  8. Fastfood or nasi campur?
  9. Traditional or Modern?
  10. Blog bride-to-be mana yang selalu anda terjah?
  11. Adakah anda seorang yang kreatif dan memilih untuk membuat sendiri barang-barang persiapan perkahwinan anda? Nyatakan alasan.
Fourth
11 orang yang mahu saya tag,

Friday, October 28, 2011

Tips: Warna Tema Haruslah Matching dengan Warna Kulit

Seharusnya warna yang bakal kita pilih nanti akan nampak berseri-seri dan matching dengan warna kulit kita. Kalau warna dah tak matching, maksudnya main tarah asal boleh jangan salahkan orang kalau mereka mengumpat "dahla kulit gelap, pakai color orange" atau "tak matching langsung baju pengantin diorang" kat belakang. Haa, dahtu siapa nak jawab?

Hadoii, susah juga ye nak kahwen ni. Kan best kalau bersanding pakai baju raya color-color. Dah tak payah nak sibuk-sibuk survey butik-butik segala bagai. Haha. Korang nak? Pernah tak orang buat? Mesti unik kan. Ngeh3x

Ok, dah merepek. Berbalik pada tajuk asal, jika anda seseorang yang berkulit:

Gelap / Hitam Manis
Elakkan memilih warna seperti coklat, merah, hitam dan hijau gelap sebab akan nampak kulit lagi gelap.

Coklat
Paduan warna terang dan gelap mampu menyerlahkan kulit secara keseluruhan. Antaranya ialah hitam, putih, merah jambu dan biru laut.

Sawo Matang
Pilih warna ungu, oren atau merah hati agar anda kelihatan lebih menarik. Elakkan warna-warna gelap seperti kelabu.

Cerah / Putih
Elak warna-warna pastel seperti biru muda, pink lembut dan coklat muda kerana ia lebih memperlihatkan anda lebih 'pucat'. Pilihlah warna-warna terang bagi menyerlahkan seri wajah anda.

Kuning Langsat
Pilihan warna tropika seperti jingga, pink, hijau, kuning dan biru. Elakkan warna-warna yang kedam agar wajah anda tidak kelihatan kusam atau kurang bermaya.

Dah boleh dapat idea? Sekiranya anda sudah dapat color yang matching dengan kulit anda, jangan lupa pula pasangan anda ye. Karang lain pula yang jadinya. Maklumlah, yang cerah tak semestinya dapat pasangan yang cerah juga.

Bagi saya, saya suka color yang lembut-lembut macam pink soft, tiffany blue, peach, cream dan purple? Ait, macam dah decide je. Ngeh3x

Sharing is caring.


Semoga dengan tips ini, you look stunning on your wedding day. 

Sumber: Fesyen

Thursday, October 27, 2011

Tips: Pemilihan Warna Tema Perkahwinan

Disebabkan saya masih lagi merangkak-rangkak mencari warna tema yang sesuai untuk majlis perkahwinan saya, makanya haruslah double effort ye. Kena lebih giat untuk rajin mensurvey blog-blog bride-to-be atau ex-bride to be atau apa-apa sahaja bahan yang boleh digunapakai untuk orang-orang macam saya.

Jadi, terjah punya terjah saya dapat ini dari GC Wedding Planner

  1. Hadiri majlis perkahwinan sahabat anda untuk survey warna apa yang mereka gunakan. Ini untuk mengelakkan dari anda menggunakan warna yang sama. Ataupun, anda ingin menggunakan warna yang sama, tetapi and boleh bermain dgn tone warna berbeza, juga boleh gunakan fabrik berbeza seperti chiffon, satin dan lain-lain.
  2. Membuat survey di seberapa banyak butik pengantin dan lihat warna-warna yang terbaru menjadi pilihan pengantin-pengantin masa kini. Untuk tahun ini banyak pengantin sukakan warna-warna seperti unggu gelap, turqouise, merah jambu, merah jambu terang (fuchsia), biru laut, kuning, oren terang, merah darah dll.
  3. Pilih warna yang pastinya membuat anda terserlah dari tetamu yang hadir ke persandingan anda. 
  4. Jangan memilih warna mengikut hati, kerana belum tentu ia sesuai dengan gaya, penampilan, dan warna kulit anda.
  5. Pastikan ada perbezaan warna antara baju anda dengan warna pelamin, dan juga pakaian sedondon saudara-mara pengantin. Ini untuk memastikan anda adalah tumpuan di hari bersejarah anda sendiri.
  6. Untuk membuat anda kelihataan menarik di dalam album gambar perkahwinan pilihlah warna-warna yang tak ditelan dek zaman(evergreen) seperti warna-warna lembut. Antaranya, warna putih, peach, warna Tiffany blue, warna merah jambu, turqouise lembut, unggu lembut, sesuai untuk anda yang berpenampilan sederhana dan lembut untuk kesan minima, tetapi anggun dan ayu.
  7. Bagi yang berani boleh mengenakan warna-warna yang terang seperti merah hati, biru tua, unggu gelap dll warna. 

Ok, sekarang memang tengah mensurvey seberapa banyak yang boleh butik-butik pengantin di Johor. Tambah lagi, ramai sangat member-member yang kahwin tahun ni ye. So, share idea daripada majlis mereka.

Sharing is caring.

Tuesday, October 25, 2011

Theme Color for Solemnization

Buat masa sekarang saya selesa memilih pink soft sebagai tema masa pernikahan nanti. Tapi tak taulah kalau dah dekat-dekat nanti tetiba berubah pikiran pulak kan. Kenapa pilih pink soft? Sebabnya supposed masa majlis tunang last year berangan nak pilih tema ni. Tapi cari baju yang readymade color pink soft memang susah yang amat, tak jumpe pon. Sedih mak. Last-last jumpa la kebaya indonesia. Itu pon baju color cream and kain color brown plus black. Memang lari sangat lah kan.

Sebab tu la pink soft tu kita ganti pulak masa nikah nanti. Insyaallah.